Jangan kita lupa natijah daripada tindakan yang bakal kita ambil. Setiap jalan yang kita ambil bakal mencorak generasi akan datang. Jangan sampai anak cucu dikemudian hari malu mengakui asal usul kita dan menuding jari atas kealpaan kita.
Khamis, 14 Oktober 2010
KATA-KATA MUNSYI ABDULLAH - BAHASA MELAYU
Aku berasa pelik melihat sikap orang Melayu, iaitu perkara yang tidak dibuat oleh bangsa lain, dibuatnya. Adakah semua manusia di dunia ini membuang bahasanya sendiri? Orang Melayulah yang tidak mengendahkan bahasanya sendiri. Sebabnya kerana nenek moyangnya tidak menyediakan tempat untuk belajar bahasanya, jadi dia pun tidak berani membuatnya. Hairan aku! Tetapi setiap hari bertutur dalam bahasa Melayu, semua yang dibuatnya menggunakan bahasa Melayu dan dia berkirim surat pun menggunakan bahasa Melayu. Namun, dia tidak mahu belajar bahasa itu. Kalau ada yang tahu, bukannya kerana belajar, hanya meniru apa yang orang lain buat. Jika ditanya apa makna perkataan itu, apa asalnya dan apa sebab dipakai di tempat itu, dia tercengang-cengang tidak dapat menjawab kerana dia tidak berguru, hanya meniru sahaja.
Aku dengar, bangsa-bangsa yang besar di dunia ini mereka memiliki kepandaian membaca dan menulis dan memelihara bahasanya. Umpamanya seperti Arab, Inggeris, Cina dan Hindu. Mereka sentiasa memelihara dan memuliakan bahasanya. Bahasa itu ditambah dan diluaskan, dibaiki dan dihaluskan sehingga kini. Sesuatu bangsa yang besar, besarlah bahasanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan