Sabtu, 10 Julai 2010

PEMERINTAH NEGARA ARAB SAUDI MODEN







PENGENALAN

Pemerintahan keluarga Saud masih lagi berkekalan dan berterusan sehingga sekarang. Hal ini di buktikan apabila keluarga al-Saud telah menyambut ulang tahun ke 70 mereka pada bulan September 2002 sebagai pemerintah Arab Saudi. Pengasas pemerintahan keluarga al-Saud dinasti kedua iaitu Abdul Aziz ibn Saud telah mewariskan negara Arab Saudi kepada anak- anaknya yang sehingga sekarag masih lagi menjadi raja dan pentadbir utama di Arab Saudi. Generasi kedua al-Saud masih lagi memegang tampuk pemerintahan Arab Saudi dan menjadi meneruskan sistem monarki yang ada. Sehingga sekarang hanya mereka yang berasal dari keluarga Saud sahaja layak untuk mewarisi takhta sebagai seorang raja di Arab Saudi.



Segala-galanya bermula apabila Abdul al-Aziz ibn Saud telah mengambil langkah bijak dengan menyatupadukan rakyat Arab Saudi terlebih dahulu. Antara langkah bijak yang telah di ambilnya apabila beliau telah mengahwini 22 orang wanita dari kabilah yang berbeza . Tetapi Abdul Aziz tidaklah mengahwini mereka semua secara serentak tetapi mengikut kehendak dan hukum syarak. Kesemua 22 orang wanita ini kebanyakkannya adalah anak ketua-ketua kabilah yang amat berpengaruh di Arab Saudi antaranya ialah anak perempuan ketua kabilah Bani Khalid yang menjadi isteri keduanya. Perkahwinan ini telah menghasilkan 45 orang anak lelaki dan dikatakan mempunyai hampir 50 orang anak perempuan . Sehingga sekarang kebanyakkan pemerintah yang terdapat di Arab Saudi adalah terdiri daripada anak, menantu dan cucu dari keluarga al-Saud .

Sebelum meninggal dunia Abdul al-Aziz ibn Saud telah menamakan anak-anak lelakinya sebagai pewaris takhta pemerintahannya. Pada waktu ini , Arab Saudi telah diperintah oleh anak-anak lelaki Abdul Aziz ibn Saud. Barisan pewaris takhta dipilih mengikut turutan anak yang masih hidup. Anak-anak lelaki Abdul Aziz ibn Saud telah memerintah Arab Saudi dengan begitu baik dan telah membawa pelbagai pembaharuan dan pemodenan terhadap Arab Saudi. Empat orang anak Abdul al-Aziz ibn Saud yang telah menjadi pemerintah ialah Raja Saud ibn Abdul Aziz yang memerintah dari tahun 1953 sehingga 1964, Raja Faisal ibn Abdul Aziz yang menaiki takhta dari tahun 1964 sehingga 1975, seterusnya yang telah menggantikan Raja Faisal ialah Raja Khaled bn Abdul Aziz dari tahub 1975 sehingga tahun 1982 dan Raja Fahd ibn Abdul Aziz dari tahun 1982 sehingga tahun 2005. Keempat-empat raja ini telah memerintah dengan penuh berdedikasi dan telah membawa pelbagai kemajuan, reformasi dan pembaharuan terhadap negara Arab Saudi.




Amir Abdul Aziz Ibn Abdul Rahman Al Saud

Ibn Saud atau nama sebenar beliau ialah Amir Abdul Aziz ibn Abdul Rahman al-Saud, dilahirkan di Riyadh dan merupakan anak pasangan Abdul Rahman bin faisal dan Sara binti Ahmad al-Kabir Sudayrir. Pada tahun 1890, semasa berusia sepuluh tahun, Ibn Saud mengikut keluarganya dalam pengasingan di Kuwait setelah tanah keluarganya dirampas oleh dinasti Rashidi. Beliau sekeluarga tinggal menumpang di istana Syeikh Mubarak Al-Sabah dalam keadaan tidak berharta. Kehidupan keluarganya yang miskin dan tersepit itulah yang menyebabkan timbulnya rasa dan semangat untuk menuntut bela nasib keluarganya itu. Beliau mula mempelajari tentang politik antarabangsa daripada syeikh al-Mubarak dengan begitu mendalam dan beliau juga mula menyedari bahawa politik antarabangsa ini penuh dengan tipu muslihat. Oleh itu, Abdul Aziz berazam untuk menegakkan kembali penguasaan keluarganya dan menuntut bela maruah keluarganya yang kalah di tangan al-Rasyid.

Ibn Saud juga berhasrat untuk menyatupadukan masyarakat arab untuk menjadi sebuah negara bangsa yang kuat dan merdeka serta mampu memperjuangkan Islam. Hal ini kerana umum mengetahui bahawa masyarakat arab ini hidup secara berpuak-puak. Hal ini menyebabkan masyarakat arab sukar untuk hidup di dalam suatu kelompok masyarakat yang sejahtera. Ibn Saud mengambil langkah menyatupadukan dan menstabilkan keadaan ini terlebih dahulu sebagai langkah pertama sebelum beliau bertindak untuk menegakkan kembali empayar warisan nenek moyangnnya yang runtuh suatu ketika dahulu.

Kebangkitan al-Saud

Pada 1901, Ibn Saud telah memujuk ayahnya untuk mencuba nasib dalam menuntut bela nasib keluarganya, iaitu dengan menentang dan menawan kembali al-Riyadh iaitu pusat pentadbiran bagi dinasti Rasyid. Pada permulaan pergerakan kebangkitan ibn Saud ini, beliau hanya membawa 40 orang pengiringnya termasuklah abangnya Muhammad ibn Abd al-Rahman dan juga sepupunya Abdullah ibn Jiluwi. Melalui serangan mengejut yang dilakukan ini, beliau telah berjaya menakluki kota Riyadh ini. Pada bulan May 1902, ibn Saud dan bapanya telah datang ke Riyadh. mereka bersetuju dan persefahaman antara kedua-dua anak dan bapa itu, mereka berkeyakinan untuk membina semula suatu kawasan pemerintahan yang stabil. Seterusnya, bapanya Abd al-Rahman telah mengangkat anaknya ibn Saud yang ketika itu berusia 22 tahun sebagai ketua keluarga dinasti Saud dengan gelaran Sultan Nejd.

Namun begitu, setelah berjaya menakluk kembali Riyadh, pada tahun 1907 sehingga 1911, ibn Saud mengalami banyak tentangan dan pemberontakan daripada ketua-ketua kabilah. Hal ini merupakan fenomena biasa bagi masyarakat Arab badwi, mereka sememangnya suka hidup secara bebas dan enggan mengikut segala peraturan. Kehidupan mereka sudah terbentuk sedemikian sejak dahulu lagi. Hal ini kerana masyarakat Arab badwi ini, tidak mempunyai pengetahuan yang luas dan corak pemikiran yang sempit kerana sentiasa hidup di dalam puak dan kabilah sendiri. Setelah matlamat utama ibn Saud tercapai, iaitu ingin menegakkan semula empayar bapanya, seterusnya, ibn Saud memulakan langkah dan matalamat seterusnya iaitu ingin menyatupadukan masyarakat Arab ini. Ibn Saud mengatasi masalah penentangan dan pemberontakan serta mengatasi masalah keselamatan dalam negeri dan juga untuk, mempertahankan daerah-daerah di perbatasan negerinya daripada dicerobohi oleh musuh dengan memperkenalkan satu sistem baru yang sangat sesuai, iaitu perkampungan al-Ikhwan.



Al-Ikhwan

Al-Ikhwan ini terkenal dengan nama hijrah yang bermaksud perpindahan. Perpindahan di dalam konteks ini adalah berhijrah daripada kehidupan nomad dan jahil kepada kehidupan disuatu tempat yang tetap. Hal ini kerana masyarakat Arab badwi sememangnya hidup dalam keadaan yang tidak tersusun. Mereka mengamalkan gaya hidup merampas hak orang lain. Mereka menjadikan aktiviti mencuri dan merampas sebagai sumber pendapatan mereka. Sehubungan dengan itu,, sesiapa yang ingin memasuki dan menyertai al-Ikhwan ini, perlulah meninggalkan tabiat lama seperti mencuri dan meninggalkan tabiat berpuak. Oleh itu, adalah penting bagi Ibn Saud memperkenalkan satu sistem yang dapat menstabilakan keadaan sosioekonomi masyarakat arab badwi di Riyadh. Sehubungan dengan ini, ibnu saud telah berjaya mendirikan sebanyak 200 buah perkampungan al-Ikhwan. Umumnya, kawasan al-ikhwan ini terbentuk di kawasan yang berdekatan dengan oasis. Hal ini kerana disetiap hijrah ini disediakan dengan ladang-ladang pertanian.

Oleh itu, kawasan yang berhampiran dengan oasis menjadi pilihan kawasan perkampungan al-Ikhwan, bagi memudahkan aktiviti pertanian bagi menjamin mendapat bekalan air yang mencukupi. Selain sebagai kawasan kediaman, Al-ikhwan ini juga dijadikan sebagai suatu kawasan untuk berdakwah. Secara ringkasnya, setiap kampung itu merupakan satu unit yang lengkap bagi memastikan pengaruh wahhabi tetap tersebar luas. Hal ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan lagi politik ibn Saud di Riyadh.

Kehiduapan masyarakat di dalam al-ikhwan ini telah dilatih dan dibentuk untuk menjadi suatu penempatan yang dapat hidup secara berdikari dengan aman. Mereka telah dilatih untuk mengahasilkan makanan sendiri dengan menjalankan aktiviti pertanian. Pelaksanaan al-Ikhwan ini juga adalah bagi mewujudkan barisan pertahanan yang kukuh semasa perang. Hal ini kerana, beliau telah berjaya menyatupadukan masyarakat badwi dengan hanya membina perkampungan al-Ikhwan. Dalam kalangan al-ikhwan itu sendiri, ibn Saud telah menyemai dua prinsip utama kepada penghuninya iaitu, pertamanya ialah taat kepada pemerintahan ibn Saud dan keduanya ialah bersedia untuk menegakkan agama Islam. Ini merupakan matlamat daripada fahaman wahhabi yang telah dibawa oleh nenek moyangnya sendiri.

Pengilhakan Al-Ahsa

Penaklukan al-ahsa merupakan antara peristiwa yang sangat penting kepada dinasti ibn Saud. Hal ini kerana, penapakannya ke al-Ahsa telah memberikan ibn Saud banyak kelebihan. Antaranya, ibn Saud telah berpeluang kepada negaranya kepada perdagangan luar dan hubungan antarabangsa. Hal ini bermula apabila al-Ahsa mempunyai sumber galian yang sangat menguntungkan, iaitu minyak. Penemuaan minyak di al-Ahsa ini merupakan suatu kelebihan kepada ibn saud kerana penaklukan beliau ke atas al-Ahsa ini secara tidak langsung telah memberikanya keuntungan yang besar kepadanya dan dinastinya sendiri. Pada permulaannya, setelah ibn Saud mendengar berita mengenai kekalahan Turki dalam peperangan Balkhan, ibn Saud telah melakukan persiapan untuk ekpedisi ke al-Ahsa. Pada awal 1913, ibn Saud berpindah ke Qasim dan orang-orang al- Ikhwan ada di antara pasukannya, tetapi mereka tidak membentuk majoriti.

Ibn Saud mengumpul semua pengikutnya Najdis dan badwi menetap di al-Ahsa. Seterusnya, sebelum ibn Saud memulakan kempen ketenteraanya beliau telah berjumpa dengan pegawai British iaitu Kolonel Leachman. Turki sangat bimbang dengan kekuatan yang dimiiki oleh ibn Saud. Hal ini kerana, anggota-anggota ibn Saud yang kukuh berada di kawasan padang rumput dan perigi antara Riyadh dan Kuwait. Riyadh yang sememangnya kawasan ibn saud dan Kuwait pula kawasan Sheikh Mubarak merupakan sokongan kepada ibn Saud. Setelah ibn Saud berjaya menakluki al-Ahsa, rentetan daripada itu ibn Saud ada menghantar surat kepada British dengan mengadu bahawa mereka telah membenarkan Turki berpengkalan di Bahrain untuk melawan ibn Saud. Hal inilah yang telah membuka perhubungan antarabangsa antara negeri Arab dan barat. Ibn Saud menghantar surat kepada british adalah kerana ingin memastikan pengaruhnya di teluk parsi kekal. Kehadiran ibn saud di kawasan itu lebih menyenangkan berbanding dengan pengukuhan kuasa oleh kerajaan Uthmaniyyah. Hal ini kerana, British memandang kerajaan Uthmaniyah hanya sebagai suatu ancaman kepada kepentingan mereka. Selain itu, British juga mempunyai niat lain dalam peristiwa ini, iaitu, selain daripada kepentingan ekonominya, British ini juga mampu menyekat pengaruh Jerman, iaitu sekutu kepada empayar Uthmaniyyah ke seluruh tanah Arab.

Syarif Husain

Seterusnya, bagi mencapai tujuan mereka itu, British telah menghubungi Syarif Husain, iaitu seorang pemimpin arab yang berketurunan Nabi Muhammad s.a.w yang memerintah di Hijaz. Namun begitu, ketika menghulurkan bantuan dan sokongan terhadap British untuk menghapuskan kerajaan Uthmaniyyah, syariff Husain telah bercadang untuk mendirikan sebuah ‘negara Arab’ yang merdeka. Oleh itu, British telah menyokong rancangan Syarif tersebut dan membayar Syarif, 200 000 pound sterling sebulan oleh pejabat urusan luar negeri Inggeris untuk menyebarkan idea-idea nasionalisme dan kemerdekaan Arab. Namun begitu, semua agenda ini adalah tipu muslihat oleh pihak British. Mereka sebenarnya tidak ingin membantu Syarif Husain untuk memerdekakan tanah Arab, tetapi hanyalah kerana ingin memenuhi kepentingan mereka sendiri dan seterusnya ingin memporak perandakan umat islam yang selama ini adalah sangat digeruni. Kejatuhan tanah Arab pada ketika ini adalah disebabkan kelemahan pemimpin itu sendiri. Sebagai contoh, Syariff Hussain merupakan orang yang tamakkan kuasa. Beliau telah tertipu dengan janji manis British dan seterusnya telah melakukann pemberontakan terhadap kerajaan Uthmaniyyah iaitu pada jun 1916. Dalam hal ini, menunjukkan kebijaksanaan British dalam mempengaruhi pihak lain bagi memenuhi keinginan mereka.

Selain itu, sebelum serangan terhadap tentera Uthmaniyyah yang berpangkalan di Hijaz dan diutara Arab. Pihak British telah membuat satu perjanjian dengan ibn saud, iaitu memintanya berkecuali dalam pertempuran dengan mengelak daripada serangan sharif hussain di dalam pertempuran itu. Demi menjaga kepentingan dirinya, ibnu saud telah bersetujuu untuk dengan perjanjian itu. Selepas itu, berlakulah suatu pemberontakan di tanah Arab. Pemberontakan Syarif Husain ini berlaku pada tahun 1916. Putera Sharif Husain yang telah mengetuai pemberontakan ini iaitu Amir Faisal. Beliau telah berjaya menumpaskan tentera Uthmaniyyah. Hal ini kerana tentera uthmaniyyah ini sendiri telah lemah rentetan daripada serangan yang dilakukan oleh British. Dalam keadaan yang sangat kronik ini akhirnya pada tahun 1918, empayar Uthmaniyyah yang dahulunya suatu kuasa besar akhirnya telah tumpas.

Namun begitu, syarif hussain yang mengiktiraf dirinya sebagai seorang raja pula telah berusaha untuk meluaskan pengaruhnya kearah Najd. Di dalam masa yang sama syarif telah bertembung dengan musu nya iaitu ibnu saud. Namun, ibnu saud telaah diberikan amaran oleh pihak british supaya tidak bergerak menuju kea rah utara, tetapi ibnu saud telah pun mara ke utar dan mula menguasai beberapa kawasan. Hal ini walaubagaimanapun tidak mendapat reaksi yang tegang daripada pihak british, british ibarat melepaskan batuk di tangga dengan tindakan ibnu saud ini. Hal ini kerana, pada permulaanya, amaran british kepada ibnu saud itu hanyalah untuk mententeramkan kemarahan syarif hussain. Selain itu, british juga tidak begitu menitik beratkan pertelingkahan antara ibnu saud dan sheriff hussain kerana british sedang menghadapi masalah di Negara imperialisnya yang lain seperti india british juga mengangap tanah arab pada ketika itu tidak mempunyai sebarang sumber ekonomi yang boleh memberikan keuntungan kepadanya, kerana pada ketika itu, minyak belum lagi di jumpai di tanah arab.

Pertelingkahan yang berlaku di antara ibn Saud dan Sharif Hussain ini telah menyebabkan pemerintahan syarif hussain menjadi lemah. Hal ini kerana beliau tidak lagi mempunyai sokongan daripada umat Islam di tanah arab. Seterusnya pada tahun 1922 sehingga 1924, british berusaha untuk mendamaikan pertelingkahan antara ibn Saud dan Syarif Husain. Namun begitu usaha British tidak berjaya. Syariff Hussain telah menggunakan gelaran khaliah apabila Mustafa Kamal selaku presiden republik Turki yang pertama teah menghapuskan khalifah Uthmaniyyah pada tahun 1924. Namun begitu, tindakan Syarif Hussain itu tidak berjaya. Hal ini kerana ibn Saud telah mengambil kesempatan untuk menamatkan kuasa keluarga sharif di Hijaz. Seterusnya, memandangkan bahawa al-Ikhwan tidak mungkin dikalahkan, maka bagi mengamankan suasana di tanah arab, para pemuka Mekkah dan Jeddah yang bergabung dalam parti kebangsaan hijaz telah mendesak Syarif Hussain yang di anggap sebagai punca perbalahan, untuk mengundukan diri. Hal ini merupakan perjalanan akhir Syarif Hussain sebagai pemerintah di tanah Arab. Setelah kehilangan kuasa dan kepercayaan masyarakat di tanah arab, sharif tidak lagi dapat berdiri sebagai seorang pemerintah. Akhirnya, syarif Hussain telah meninggal dunia dalam keadaan yang sangat hampa. Hussein meninggal di Amman pada tahun 1931 dan dikebumikan di Baitulmuqaddis. Pemergianya ini tidak diratapi oleh rakyat. Hal ini kerana pada riwayatya, syarif Hussain tidak pernah berlaku adil. Beliau menjalankan pemerintahan yang berbentuk monarki.

Pemerintahan Syarif Hussain digantikan oleh anaknya iaitu Syarif Ali. Namun begitu, beliau adalah seorang sangat lemah berbanding ayahnya. Syarif Ali pada permulaannya berniat ingin menyekat pengaruh Saudi daripada meluas ke seluruh tanah arab dengan menjanjikan bahawa pentadbirannya akan mengikut kehendak-kehendak Islam. Namun begitu, usaha Syarif Ali gagal kerana tidak mendapat sokongan daripada umat Islam. Setelah usahanya gagal beliau telah mengistiharkan penyerahan dirinya tanpa syarat seterusnya, ibn Saud telah mengharamkan keluarga syarif menetap di hijjaz. Maka dengan ini, berakhirlah penguasaan keluarga syarif di tanah Arab selama-lamanya. Abdul Aziz juga menamatkan dinasti Rashid pada tahun 1921, menguasai Mekah pada tahun 1924, Madinah dan Juddah pada tahun 1925 dan mengasaskan secara rasmi kerajaan Arab Saudi dan beliau telah menjadi penguasanya.

Pemodenan dan Penentangan

Menjelang tahun 1921, kedudukan ibn Saud semakin kukuh setelah beliau secara rasminya menjadi ketua Najd. Hal ini bermakna, fahaman Wahhabi yang dibawa keluarganya juga semakin kukuh. Seterusnya ibnu saud mula mengalihkan pandangannya kea rah social pembangunan dan pembaharuan. Kedua-dua aspek ini membawa kepada satu asas baru yang dipanggil pemodenan. Di dalam usaha ibn Saud ingin memodenkan negaranya, dalam masa yang sama, ibnu saud terpaksa berdepan dengan penentangan yang di lakukan oleh golongan al-ikhwan. Golongan al-ikhwan ini menentang ibn Saud memodenkan tanah arab atas alasan ibn Saud telah menyesatkan dan semuanya hanyalah bidah. Hal ini kerana, al-ikhwan ini tidak mempunyai pemikirran yang terbuka. Di dalam islam juga tidak menolak sesuatu pekara yang baru itu secara total selagi ianya tidak melanggar hukum, melainkan seseuatu itu membawa kepada kerosakan akidah dan pekara-pekara yang dilarang iaitu pekara yang memudaratkan diri manusia.

Al-Ikhwan juga telah menyerang dua buah negara yang dibangunkan dan di bawah naungan British iaitu Transjordan. Negara ini dibangunkan kerana ingin mengenang budi Syarif Hussain kerana membantu british melancarkan pemberontakan arab. Bagi mengelakkan serangan balas daripada pihak british, ibnu saud terpaksa berunding dengan British. Namun begitu, al-Ikhwan beranggapan bahawa tindakan ini adalah satu kompromi yang di jalankan antara islam dengan pihak kafir. Al-Ikhwan semakin tidak berpuashati terhadap ibn Saud terhadap program modenisasi ibnu saud contohnya memperkenalkan kenderaan moden sperti kereta dan kapal terbang. Selain itu, terdapat juga alatan moden lain seperti telefon diperkenalkan. Walaupun, segala pemodenan ini adalah perlu bagi masyarakat Islam supaya dapat memberikan manfaat, namun begitu, al-ikhwan meneruskan penentangannya sehingga membawa kepada berlakunya pemberontakan yang bersejata.

Pemberontakan ini dapat dihapuskan oleh ibnu saud pada tahun 1930. Pemberontakan dan penentangan ini berlaku adalah berpunca daripada kecetekan ilmu pengetahuan al-ikhwan itu sendiri. Umum telah mengetahui bahawa al-ikhwan ini terdiri daripada orang arab badwi yang hidup di padang pasir. Mereka telah salah tafsir tentang konsep bidaah yang telah diutarakannya sebelum dikaji. Namun begitu, hal ini tidak dapat disalahkan sepenuhnya kepada pihak a-ikhwan sahaja, tetapi ianya juga berpunca daripada tampuk pemerintahan ibnu saud itu sendiri. Hal ini kerana, setelah memerintah beberapa tahun dan memperkukuhkan kedudukannya di tanah arab, ibnu saud tidak dapat menyediakan apa yang sepatutnya didalam pentadbirannya. Meskipunn telah berlakunya perhubungan luar, namun begitu, ibnu saud gagal menyediakan keperluan social kepada rakyatnya. Contohnya ialah menyediakan pendidikan. Hal ini adalah sangat pendting kepada masyarakat Arab supaya dapat meluaskan corak pemikiran dan membuka pandagan mereka. Di dalam hal ini, ibnu saud hanya menekankan semangat perjuangan semata-mata. Disini, dapat di lihat secara jelas bahawa ibnu saud tidak menyediakan mereka dengan latihan kepimpinan yang berkesan dan bersesuaian. Selain itu, ibnu saud sendiri juga telah menyelewengkan ajaran wahhabi yang diperjuangkannya. Sebagai contoh, ibn Saud sangat memanjakan para pengiringnya dengan gaya hidup yang mewah dan berlakunya pembaziran dengan mencurahkan hadiah serta kekayaan.





Raja Saud ibn Abdul Aziz ibn Saud

Raja Saud merupakan anak lelaki Abdul Aziz pertama yang menaiki takhta selepas kemangkatan Abdul Aziz. Pemilihan terhadap Saud ibn Abdul Aziz dilakukan akibat kedudukannya sebagai antara anak Abdul Aziz yang awal. Saud Abdul Aziz merupakan anak kedua Abdul Aziz hasil perkongsiannya dengan seorang wanita dari kabilah Bani Khaled iaitu Wadha Bint Hazzam al- Khaled. Saud telah dilahirkan pada 12 Januari 1902 di Kuwait. Baginda di besarkan dengan pendidikan agama dan juga pendidikan moden. Saud ibn Abdul Aziz telah mewarisi takhta sebagai seorang putera mahkota daripada abang sulungnya iaitu Turki ibn Abdul Aziz. Turki ibn Abdul Aziz telah meninggal dunia akibat serangan selsema pada tahun 1919. Hal ini telah menyebabkan undang-undang pewarisan takhta di Arab Saudi telah berubah dimana takhta sebagai raja harus diwarisi dari abang kepada seorang adik lelaki berbanding kebiasaan monarki dunia yang mewariskan takhta kerajaan daripada seorang ayah kepada seorang anak lelaki. Hal ini menyebabkan, perlantikan pemerintah-pemerintah seterusnya adalah dalam kalangan adik-beradik lelaki.

Saud ibn Abdul Aziz sememangnya telah diberikan kepercayaan yang amat besar oleh ayahandanya semenjak dari mula lagi. Hal ini dapat di buktikan apabila beliau telah diberikan kepercayaan untuk menjadi ketua delegasi rombongan Arab Saudi ke Qatar sewaktu usianya 30 tahun. Kepahlawannanya turut terbukti apabila baginda mampu melibatkan diri dalam 8 siri peperangan demi Arab Saudi. Antara peperangan yang melibatkan Saud ibn Abdul Aziz ialah Grab War, Yabet War, Truba, Alkuras, Hail, Alhijaz, Almahmal dan juga Brethren . Kesemua peperangan ini berlaku sebelum Saud ibn Abdul Aziz menaiki takhta. Saud ibn Abdul Aziz telah dilantik sebagai putera mahkota pada 11 May 1933 dan seterusnya dilantik sebagai perdana menteri Arab Saudi pada 13 Oktober 1953. Pada tahun yang sama juga ayahandanya Raja Abdul Aziz telah meninggal dunia. Oleh yang demikian, Saud ibn Abdul Aziz telah ditabalkan sebagai pemerintah pada tahun yang sama.




Sewaktu zaman pemerintahannya baginda telah melakukan pelbagai sumbangan. Antara sumbangannya yang mendapat perhatian ialah menstabilkan struktur pemerintahan dan pentadbiran Arab Saudi ,memberhentikan eksport minyak ke Britain dan Perancis serta mula mengadakan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat. Selain itu Raja Saud ibn Abdul Aziz turut memberi sumbangan yang besar terhadap pembangunan universiti iaitu King Saud Universiti tetapi telah ditukarkan namanya kepada Riyadh Universiti selepas era pemerintahan Saud ibn Abdul Aziz berakhir. Antara langkah bijak yang telah diambil oleh Saud ibn Abdul Aziz dalam menstabilkan struktur pemerintahnnya adalah apabila baginda telah melantik ahli keluarganya yang terdiri dari anak, adik, menantu dan juga anak saudaranya dalam tampuk pemerintahan Arab Saudi. Baginda berbuat demikian bagi meastikan bahawa keluarga al-Saud akan secara berterusan memegang peranan penting di Arab Saudi. Beliau merupakan antara anak Abdul Aziz ibn Saud yang mengikut jejak langkah ayahnya apabila baginda juga memiliki hampir 53 orang anak lelaki dan 56 orang anak perempuan.

Selain itu, Saud ibn Abdul Aziz juga turut melakukan satu tindakan yang bijak apabila memberhentikan eksport minyaknya ke negara barat terutama Britain dan juga Perancis. Hal ini bertujuan untuk menaikkan harga minyak di pasaran dunia dan juga akibat daripada peperangan Suez yang sedang berlaku antara Barat dan juga negara di Asia Barat. Dalam aspek hubungan diplomatik pula Saud ibn Abdul Aziz telah menjalankan hubungan diplomatik dengan sebuah kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat. Hal ini terjadi apabila Presiden Amerika pada waktu itu iaitu Dwight D Eisenhower telah menjemput Saud ibn Abdul Aziz untuk mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat. Presiden Eisenhower telah memberikan layanan secara besar-besaran demi menyambut kedatangan Saud ibn Abdul Aziz ke Amerika Syarikat. Lawatan ini telah berlaku pada Februari 1957. Kerjasama ini sebenarnya terjadi apabila Amerika ingin memperbaharui sewanya bagi tapak pangkalan udaranya di Dharan yang mereka rasakan amat penting semasa peperangan dingin yang sedang berlaku pada waktu itu manakala al-Saud pula menginginkan wang sewaan tersebut bagi membantu meningkatkan ekonomi Arab Saudi yang kebetulannya pada waktu itu menanggung hutang yang banyak. Antara sebab lain mengapa Saud ibn Abd Aziz mengadakan hubungan diplomasi dengan Amerika adalah disebabkan oleh konfrontasi yang berlaku antara Saud ibn Abdul Aziz dan juga Gamal Abdel Nasser yang terjadi pada tahun 1952. Dimana Gamel Abdel Nasser ini telah menggulingkan Raja Mesir pada tahun 1952 dan Nasser ingin melakukan kawalan ke atas sumber minyak Arab Saudi. Beliau berpendapat bahawa minyak yang terdapat di Arab Saudi adalah milik keseluruhan bangsa Arab. Hal ini juga menjadi faktor mengapa Saud ibn Abdul Aziz ingin mengadakan hubungan baik dengan Amerika Syarikat.



Walau bagaimanapun masalah tetap akan melanda bagi setiap era pemerintahan. Saud ibn Abdul Aziz telah mula hilang pengaruh apabila terlalu banyak masalah yang berlaku sewaktu pemerintahannya. Baginda dilihat tidak memberi impak yang besar terhadap pembangunan Arab Saudi. Hal ini telah mengakibatkan ramai kaum kerabatnya yang terlibat dalam struktur pentadbiran tertinggi Arab Saudi mulai hilang kepercayaan terhadap Saud. Saud dikatakan terlalu boros dalam membelanjakan harta negara demi kepentingan peribadi berbanding menggunakan wang tersebut demi pembangunan negara. Hal ini berlaku akibat jumlah hutang Arab Saudi semakin meningkat berbanding hutang yang telah ditinggalkan oleh Abdul Aziz ibn Saud. Pada awalnya harta yang telah di tinggalkan oleh Abdul Aziz Ibn Saud hanyalah 200$ Billion pada tahun 1953 tetapi telah meningkat kepada 450$ Billion pada tahun 1958. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak dua kali ganda dalam masa hanya beberapa tahun.

Saud Abdul Aziz dikatakan menggunakan wang kerajaan bagi kemewahan diri dan ahli keluarganya sendiri. Hal ini dibuktikkan apabila Saud menggunakan wang kerajaan bagi mengubahsuai dan mengindahkan istananya. Hal ini dibuktikkan apabila Saud Ibn Abdul Aziz telah membina 25 buah istana dan menghiaskannya dengan barangan yang mahal. Situasi ini telah mengakibatkan baginda mula hilang kepercayaan daripada orang bawahan. Mereka mulai sangsi dengan cara beliau menggunakan wang tersebut. Beliau juga dikatakan gemar menggunakan wang yang ada bagi menampung pelancongan mewah yang dinikmatinya bersama anak-anaknya.

Selain itu, tindakan Suad ibn Abdul Aziz yang mengambil anak-anaknya dalam urusan pentadbiran kerajaan telah menimbulkan rasa tidak puas hati ahli keluarga yang lain. Hal ini kerana Saud seolah-oleh membelakangkan adik-beradik lelakinya yang lain demi anak-anaknya yang dikatakan masih muda dan tidak memiliki pengalaman yang cukup. Antara tahun 1953 sehingga tahun 1964, beberapa orang anak Saud telah dilantik memegang jawatan yang tinggi iaitu pada tahun 1957, baginda telah melantik anaknya Fahd sebagai menteri pertahanan, Musaid dalam pertahanan diraja, Khalid dalam pertahanan antarabangsa , dan Saad dalam pertahanan Khas . Hal ini dianggap seolah-olah membelakangkan adik–beradiknya yang lain yang lebih tua khususnya Faisal. Perkara ini telah menimbulakan rasa tidak percaya dalam hati ahli keluarga yang lain. Hal ini juga telah menimbulkan pertengkaran antara Saud dan Faisal dimana pada waktu itu Saud telah memegang jawatan sebagai Raja dan Perdana Menteri tetapi Faisal yang hanya memegang jawatan sebagai Putera Mahkota dan timbalan Perdana Menteri memiliki pengaruh yang lebih besar dan hebat.

Akhirnya pada tahun 1962, Faisal ibn Abdul Aziz telah mengambil satu langkah yang amat drastik dengan menggulingkan abang tirinya daripada takhta kerajaan Arab Saudi. Penggulinggan ini terjadi sewaktu Suad menjalani rawatan kesihatan di luar negara. Faisal dan beberapa adik-beradiknya yang menyokongnya iaitu Fahad dan Sultan telah membentuk sebuah kabinet yang baru bagi memerintah Arab Saudi tetapi dalam Kabinet baru ini juga turut melibatkan anak-anak Saud demi mengelakkan berlakunya pergaduhan antara saudara. Pada awalnya Saud menentang pembentukan kabinet baru ini, tetapi apabila mendapat nasihat daripada ulama dan juga tekanan daripada keluarga diraja akhirnya Saud bersetuju dengan kabinet ini pada 28 Mac 1964.

Selepas digulingkan, Saud ibn Abdul Aziz hidup di negara Eropah. Dia juga telah berpindah ke Geneva Switzerland tetapi akhirnya menghembuskan nafasnya di Greece pada 23 Februari 1969. Baginda dikatakan mengalami serangan jantung sewaktu sedang tidur. Jenazah baginda telah dibawa pulang ke Mekkah, kemudian dibawa ke Riyadh sebelum di kebumikan di tanah perkuburan Alaoud.



Raja Faisal ibn Abdul Aziz

Faisal telah menjadi raja Arab Saudi dari tahun 1964 sehingga tahun 1975. Baginda telah dilahirkan pada Mei 1906 di Riyadh dimana ibunya ialah Tarfa bint Abdullah ibn Abd al-Latif Aal ash-Shaykh. Faisal merupakan anak ketiga Abdul Aziz. Faisal merupakan raja yang paling memberikan impak besar terhadap pembangunan dan pemodenan Arab Saudi. Antara sumbangan yang telah dilakukan oleh Faisal ialah menyelamatkan keadaan kewangan Arab Saudi, melakukan pemodenan serta pelbagai reformasi, dan meletakkan polisi hubungan luarnya ialah pan-Islamism, anti-Communism, dan anti-Zionism. Faisal telah mendapat kepercayaan daripada ayahnya setelah mendapat kemenangan di Hijjaz dan baginda telah di lantik sebagai gabenor Hijaz oleh ayahnya. Pada tahun 1932 iaitu pembentukan Arab Saudi moden, Faisal telah diberi mandat bagi menduduki jawatan sebagai menteri hubungan luar negara. Seterusnya dilantik sebagai Putera Mahkota pada tahun 1953 dan ditabalkan sebagai Raja pada tahun 1964 iaitu pada tahun yang sama abang tirinya digulingkan daripada takhta.

Sumbangan terbesar yang telah dilakukan oleh Faisal ialah menyelamatkan ekonomi Arab Saudi. Baginda meletakkan pembangunan ekonomi sebagai tumpuan utamanya berbanding yang lain. Faisal telah meneruskan sistem ekonominya yang konservatif selama beberapa tahun sehingga Arab Saudi berjaya mencapai keseimbangan ekonomi dan barulah baginda berani untuk mengambil langkah yang lebih drastik. Peningkatan ekonomi ini juga turut dibantu dengan kenaikkan harga minyak global. Beberapa polisi telah diperkenalkan oleh Faisal bagi memastikan ekonomi Arab Saudi berada pada tahap yang sewajarnya. Dengan meningkatnya ekonomi Arab Saudi maka pembangunan dari aspek yang lain mampu dilakukan.

Dari aspek pendidikan, Faisal dilihat sebagai Raja yang amat menitikberatkan aspek pendidikan dalam kalangan rakyatnya. Pada tahun 1966, 2590 buah sekolah dewasa, 62 buah sekolah menengah, sebuah sekolah perindustrian dan vokasional dan beribu-ribu pelajar telah dihantar belajar ke luar Negara seperti Pakistan, Jerman Barat, Itali dan Mesir. Selain itu, Faisal juga telah membenarkan wanita untuk mendapat pendidikan dengan mendirikan 160 buah sekolah wanita telah didirikan dan terdapat sebuah maktab yang dipanggil sebagai Maktab al- Zahrah di Mekah hanya untuk golongan wanita sahaja. Walau bagaimanapun pelajar wanita masih lagi boleh hidup mengikut adab dan tradisi masyarakat Arab. Sehingga tahun 1975, Arab Saudi memiliki 8 buah universiti yang menjadi tumpuan rakyatnya antaranya ialah Universiti Riyadh, Imam Muhammad ibn Saud Islamic University, dan tertubuhnya Universiti Islam Madinah. Tindakan drastik lain yang telah diambil oleh Faisal adalah apabila beliau mengarahkan golongan atasan dan diraja Arab Saudi memberikan pendidikan di Arab Saudi terhadap anak-anak mereka. Mereka digalakkan memanggil pulang anak-anak mereka bagi membuktikkan bahawa Arab Saudi mempunyai sistem pendidikan yang sama tarafnya dengan negara lain. Hal ini dapat menunjukkan kepada dunia keunggulan institusi pendidikan di Arab Saudi.

Dari aspek kemasyarakatan pula, pelbagai cara telah dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan masyarakat mereka terbela. Pusat sosial ditubuhkan bagi membantu mengurangkan kemiskinan serta membantu pekerja-pekerja di Arab Saudi. Belanjawan juga telah di peruntukkan bagi memastikan rakyat mendapat hak yang sewajarnya serta menikmati kekayaan yang dimiliki oleh negara. Faisal juga amat menitikberatkan isu buruh di negaranya. Ianya terbukti apabila Faisal telah menyediakan sebuah undang-undang khas yang membela hak buruh bagi memastikan keperluan buruh terjamin. Selain itu, Faisal juga telah memperkenalkan siaran televisyen secara rasmi pada tahun 1965. Siaran televisyen ini bagi memastikan rakyat menikamati pemodenan sebagaimana yang dinikmati oleh negara lain. Hal ini juga merupakan sebahagian daripada rancangan pemodenan Faisal.

Dari aspek kesihatan turut mendapat perhatian Faisal. Pusat Karantina telah ditubuhkan di Jeddah bagi memastikan keadaan kesihatan para jemaah haji berada dalam keadaan yang baik. Beberapa undang-undang untuk mengawal penyakit telah di perkenalkan bagi memelihara tahap kesihatan rakyat. Beberapa buah hospital telah dibina untuk memberikan rakyat kemudahan kesihatan selain itu klinik bergerak turut di perkenalkan di kawasan padang pasir bagi memastikan setiap rakyat dapat menikmati kemudahan kesihatan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Pertanian juga turut mendapat perhatian daripada Raja Faisal. Hasil usaha yang telah dijalankan oleh Faisal, kawasan Arab Sudi kini bertukar menjadi sebuah kawasan yang subur. Kementerian pertanian juga telah mengambil beberapa langkah bijak bagi memastikan pertanian ini berjaya. Benteng-benteng telah dibina bagi memastikan pasir tidak akan menimbus hasil tanaman mereka. Bank pertanian juga dibangunkan untuk membantu golongan petani dan pelbagai projek pertanian telah di perkenalkan.
Pada masa yang sama bidang minyak dan petroleum yang sememangnya ekonomi terbesar Arab Saudi turut mengalami perubahan. pada tahun 1962 sebuah organisasi iaitu Petromin telah ditubuhkan dan diletakkan di bawah pengawasan kementerian Petrolium dan Harta Galian. Pada waktu ini petroleum telah diberi perhatian yang begitu hebat kerana harga petroleum yang begitu tinggi dapat menaikkan ekonomi Arab Saudi. Hal ini telah menjadikan Arab Saudi sebagai negara pengeluar petroleum keempat terbesar dunia.

Raja Faisal turut meneruskan hubungan luar negara dengan baik sebagaimana yang telah di usahakan oleh abangnya Saud ibn Abdul Aziz. Buktinya pada 27 May 1971, Faisal telah mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat dan baginda telah disambut oleh presiden Amerika Syarikat pada masa itu iaitu Richard Nixon. Faisal juga seseorang yang anti komunis dan anti zionisme. Hal ini terbukti apabila baginda mengelak untuk menjalankan hubungan diplomatik dengan negara yang mengamalkan idealisme komunis. Pada masa yang sama Faisal juga dikatakan bersikap Pan Islamism kerana baginda banyak memberikan sumbangan dalam liga Arab dan telah melakukan lawatan ke negara-negara Arab yang lain. Baginda juga telah menstabilkan hubungannya dengan negara Arab yang lain. Antara negara Arab yang menjadi perhatian Faisal ialah Mesir, Syria dan juga Yemen. Buktinya apabila Faisal telah mengadakan pelan pendamaian dengan Yemen serta membantu organisasi dan pertubuhan berkaitan Islam yang akhirnya telah membawa kepada kesatu paduan dalam kalangan negara Islam.

Pemerintahan Faisal yang cemerlang ini telah berakhir dengan sebuah tragedi yang telah menimpa beliau. Pada 25 Mac 1975, beliau telah meninggal dunia akibat ditembak oleh anak lelaki adik tirinya sendiri iaitu Faisal bin Musa’id. Beliau telah ditembak ketika berada dalam sebuah Majlis. Majlis adalah sebuah perjumpaan yang dilakukan oleh kaum lelaki Arab yang membolehkan mereka mengadakan perbincangan. Faisal bin Musa’id melakukannya untuk balas dendam demi kematian abangnya iaitu Khaled bin Musa’id yang meninggal dunia akibat terbunuh dalam demonstrasi pada tahun 1965. Khaled telah terbunuh oleh tindakan gerakan pertahanan Arab Saudi yang bertindak atas arahan Raja Faisal. Faisal bin Musa’id telah di tangkap dan ujian yang dilakukan mendapati Faisal tidak siuman.

Jenazah Raja Faisal telah disemadikan di Riyadh manakala takhtnya telah diambil alih oleh adik tirinya yang juga bertindak sebagai Putera Mahkota iaitu Khaled ibn Abdul Aziz. Sumbangan Raja Faisal amat besar terhadap pembangunan Arab Saudi dan pelbagai reformasi serta pemodenan telah dilakukan oleh Raja Faisal. Sumbangan Raja Faisal tidak berhenti setakat itu sahaja, hal ini kerana ahli keluarga Raja Faisal terutamanya anak-anak beliau telah menubuhkan sebuah pertubuhan. Pertubuhan ini telah dinamakan sebagai King Faisal Foundation yang sehingga sekarang masih lagi berkhidmat membantu masyarakat islam di Arab Saudi mahupun di seluruh dunia. Hal ini telah menyebabkan King Faisal terus menerus di ingati sebagai seorang raja yang amat berdedikasi dan banyak menaikkan martabat Arab Saudi di mata dunia.






Raja Khalid ibn Abdul Aziz

Khalid ibn Abdul Aziz merupakan anak ketiga Abdul Aziz yang ditabalkan menjadi raja Arab Saudi. Baginda telah menaiki takhta bagi menggantikan abangnya pada tahun 1975. Baginda telah dilahirkan pada 1912 di Riyadh . Khalid adalah anak dari salah seorang isteri kesayangan Abdul Aziz. Seperti Saud dan juga Faisal, Khalid juga turut memberikan sumbangan penting terhadap pembangunan Arab Saudi. Antara sumbangan Khalid yang paling memberi kesan ialah peningkatan pertahanan negara, peningkatan dari aspek pendidikan, dan juga pembangunan dari segi kesihatan. Walaupun pemerintahannya singkat tetapi sumbangan yang di berikan oleh Khalid masih lagi di hargai oleh masyarakat Arab Saudi.



Khalid dikatakan mempunyai sikap yang lebih liberal berbanding abangnya iaitu Faisal terutama dalam urusan luar negara. Sumbangannya yang pertama ialah meningkatkan pertahanan Arab Saudi dengan membeli alatan peperangan yang mampu melindungi Arab Saudi daripada serangan musuh. Hal ini dibuktikkan dengan pembelian sebanyak 16 buah kapal terbang perang F-15. Perjanjian pembelian ini telah dilakukan antara Khalid dan juga presiden Amerika Syarikat pada waktu itu iaitu Carter. Kapal-kapal ini telah tiba di Arab Saudi pada tahun yang sama perjanjian atau usahasama ini di metrai iaitu pada tahun 1982. Pembelian ini telah menaikkan imej pertahanan Arab Saudi di mata dunia.

Sumbangannya yang lain ialah apabila baginda turut menaik taraf tahap pendidikan di Arab Saudi. Baginda telah menstabilkan dan meningkatkan university King Faisal yang terdapat di Dammam dan Ummul Qura. Universiti ini telah di stabilkan setaraf dengan taraf pendidikan di dunia pada waktu itu. Selain itu Kementerian Industri dan Elektrik turut diwujudkan bagi memastikan tahap kemajuan perindustrian di Arab Saudi meningkat dengan baik. Pada masa yang sama Khalid juga turut menyumbang dalam bidang kesihatan. Hal ini kerana Khalid telah menyediakan hospital bagi memastikan setiap rakyat menikmati rawatan kesihatan yang sewajarnya. Khalid juga turut memberi sumbangan dan memberikan sepenuh sokongan terhadap pertubuhan yang membabitkan kesihatan. Baginda berbuat demikian untuk meningkatkan tahap kesihatan di Arab Saudi.

Selain itu. Khalid juga telah mengambil satu tindakan yang berani apabila baginda telah membawa masuk pelabur asing untuk melabur di Arab Saudi dalam pelbagai bidang. Baginda adalah pencetus idea yang membenarkan pelabur asing melabur di Arab Saudi. Baginda berpandangan bahawa dengan membawa masuk pelabur asing ke Arab Saudi, maka ekonomi Arab lebih mudah berkembang dan maju dengan pesat. Selain itu, Khalid merupakan antara watak yang memainkan peranan penting sewaktu berlakunya krisis minyak pada tahun 1973. Baginda telah menghasilkan satu cadangan yang membuatkan ekonomi dan tahap kewangan Arab Saudi mampu diselamatkan. Baginda juga terlibat dalam rancangan ekonomi iaitu “5 Tahun Pertama” . Rancangan ini telah meningkatkan taraf ekonomi Arab Saudi secara beransur-ansur.

Walau bagaimanapun setiap pemerintahan tidak lari dari masalah. Khalid telah dikaitkan dengan tuduhan bahawa baginda juga gemar menghabiskan wang kerajaan bagi kegunaan peribadi. Baginda telah menggunakan wang kerajaan bagi kemewahan keluarganya iaitu pembinaan istana yang mewah, percutian yeng dilimpahi kemewahan serta pembelian kapal terbang peribadi untuk kegunaan baginda dan ahli keluarga baginda. Walau bagaimanapun baginda masih lagi diingati kerana baginda merupakan satu-satunya raja yang tidak pernah membawa masuk anak-anak lelakinya dalam pemerintahannya. Hal ini amat berbeza dengan raja yang sebelumnya, yang melantik anak dan menantu mereka sebagai menteri. Situasi berbeza berlaku kepada Khalidn kerana baginda telah membiarkan anak-anaknya hidup dalam keadaan bersederhana. Raja Khalid telah meninggal dunia pada tahun 1982, baginda meninggal dunia akibat daripada serangan jantung yang dihidapinya. Baginda turut dikebumikan di Riyadh dan takhtanya sebagai seorang raja telah di ambil alih oleh adiknya iaitu Fadh. Jasa dan sumbangan Khalid yang terlalu banyak terhadap Arab Saudi.




Raja Fahd ibn Abdul Aziz

Fahd merupakan anak keempat Abdul Aziz yang menaiki takhta sebagai seorang raja. Fahd telah dilahirkan pada 16 Mac 1921 di Riyadh. Baginda telah menaiki takhta sebagai seorang raja, menjadi ketua bagi keluarga al-Saud serta menjadi Perdana Menteri pada masa yang sama. Baginda telah di tabalkan sebagai seorang pemerintah pada 13 Jun 1982. Takhta kerajaan ini telah di warisi dari abang tirinya, Khalid. Sebagaimana abang-abangnya, Raja Fahd juga turut mempunyai sumbangannya tersendiri. Baginda telah di berikan gelaran “ Custodian Of The Two Holy Mosque”. Selain itu baginda juga merupakan antara pemimpin De Facto dunia. Antara sumbangan awal beliau dalam pemerintahan Arab Saudi adalah apabila baginda telah dilantik sebagai Menteri Pendidikan yang pertama dan baginda telah ditabalkan sebagai Putera Mahkota dan Timbalan Perdana Menteri sewaktu pemerintahan Khalid. Selain itu baginda juga telah diberikan kepercayaan yang begitu besar oleh kerajaan Arab Saudi apabila baginda telah menjadi wakil dalam majlis pertabalan Queen Elizabeth II pada tahun 1953.




Sumbangannya yang paling diingati ialah pembaharuan yang telah dilakukan oleh baginda dalam empat sistem pemerintahan. Pembaharuan yang telah dilakukan ialah sistem asas kerajaan, sistem al-Shoura, sistem kementerian serta sistem wilayah Arab Saudi. Kebaikkan sistem yang di perkenalkan oleh Raja Fadh ini ialah mengurangkan kuasa dan kawalan peringkat eksekutif ke atas peringkat wilayah dan daerah. Pada masa yang sama, baginda juga telah memperkenalkan undang-undang asas pada tahun 1992 . Undang-undang ini menggariskan tentang perkara sistem pemerintahan dan kerajaan di Arab Saudi adalah bersifat monarki. Undang-undang ini memberikan hak dan kuasa ke atas keturunan Abdul Aziz bagi mewarisi takhta dan meneruskan monarki Arab Saudi.

Selain itu, baginda telah menukar perkataan Yang Mulia kepada “the Custodian of the Two Mosque”. Hal ini bagi memastikan baginda sentiasa berasa dekat dengan rakyatnya dan baginda ingin menunjukkan signifikan islamik berbanding pengunaan Yang Mulia yang lebih membawa signifikan autoriti sekular. Pertukaran gelaran ini dilakukan pada tahun 1986. Pada masa yang sama, Raja Fahd juga seorang pemerintah yang amat prihatin terhadap pembangunan Islam di negara-negara saudara seislamnya. Buktinya baginda merupakan pemerintah yang kerap menghulurkan bantuan kepada negara-negara Islam. Baginda juga telah memberikan wang bagi pembinaan masjid di seluruh dunia antara masjid yang dibina atas pemberiannya ialah Masjid Ibrahim Al-Ibrahim yang dibina di Eropah iaitu Gibraltar pada tahun 1997. Masjid ini merupakan antara masjd terkenal yang dibina atas inisiatifnya.

Manakala dari aspek polisi luar negara, baginda telah meneruskan kerjasama dengan Amerika Syarikat sebagaimana yang telah di lakukan oleh abang-abangnya yang terdahulu. Raja Fahd juga merupakan pemerintah Islam yang amat aktif dalam OPEC dimana baginda banyak memberikan sumbangan terhadap tabung bantuan OPEC. Fahd juga merupakan antara pemerintah yang maju kehadapan dalam urusan membantu mangsa Bosnia dalam peperangan Balkan . Fahd juga merupakan pemerintah yang meberikan sokongan terhadap Palestin dan membantah kekejaman yang telah dilakukan oleh Israel terhadap masyarakat Palestin.

Akibat daripada penggulinggan Shah Pahlavi iaitu Raja di Iran telah membuatkan Fahd telah mengambil pelbagai inisiatif bagi memastikan monarki di Arab Saudi tidak terjejas. Antara langkah yang di ambil oleh Fahd ialah baginda memberikan sokongan yang padu kepada Saddam Hussein sewaktu peperangan Iran-Iraq. Baginda juga menyokong pembelajaran agama Islam yang konservatif. Buktinya baginda telah menghabiskan berjuta-juta bagi memastikan pembelajaran agama dapat diberikan kepada rakyat. Langkah-langkah ini dipercayai mampu menarik perhatian rakyat dan meneruskan sokongan rakyat terhadapnya. Sokongan ini mampu mengelakkan al-Saud daripada digulinggkan daripada takhta kerajaan Arab Saudi. Raja Fahd turut dikenali di seluruh dunia dengan gelaran pemerintah yang de facto. De facto membawa maksud bahawa seorang pemerintah yang memegang dua jawatan penting dalam satu waktu yang sama. Beliau memegang jawatan sebagai seorang raja tetapi dalam masa yang sama menjawat jawatan sebagai seorang Perdana Menteri Arab Saudi.



Pada tahun 1995, rakyat Arab Saudi telah di kejutkan dengan berita Raja Fahd diserang angin ahmar. Keadaan ini telah menyebabkan baginda mengambil tindakan menyerahkan tugasan pemangku raja kepada putera mahkota iaitu Abdullah. Walaupun diserang dengan pelbagai penyakit tetapi baginda masih lagi meneruskan beberapa tugasan sebagai seorang raja antaranya ialah menemui beberapa tetamu kenamaan yang terpilih dan menghadiri beberapa mesyuarat. Tanggal 27 may 2005, Raja Fahd telah dimasukkan ke King Faisal Specialist Hospital yang terletak di Riyadh bagi menjalankan satu ujian kesihatan yang tidak spesifik. Ujian ini memperlihatkan bahawa keadaan kesihatan Fahd semakin tidak memuaskan. King Fahd telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 1 Ogos 2005 iaitu pada jam 7.30 pagi waktu tempatan. Pengumuman tentang kematiannya telah disiarkan secara langsung di televisyen oleh beberapa ahli kabinet. Baginda dikatakan meninggal dunia akibat demam panas dan juga pneumonia. Jenazahnya telah dikebumikan di kawasan perkuburan Al-Oud yang juga menempatkan makam keluarga di raja yang lain.




Raja Abdullah ibn Abdul Aziz Al-Saud









Raja Abdullah ibn Abdul Aziz Al-Saud dilahirkan pada tahun 1924 dan menjadi Raja Arab Saudi pada 1 Ogos 2005. Baginda pernah menjadi Putera Mahkota sebelum menjadi raja. Baginda menjadi Raja Arab Saudi selepas Raja Fahd meninggal dunia. Baginda ditabalkan menjadi Raja Arab Saudi pada 3 Ogos 2005 tetapi mewarisi gelaran Raja dengan serta merta selepas kematian Raja Fahd.

Raja Abdullah juga berkhidmat sebagai Perdana Menteri dan Panglima Pengawal Kebangsaan Arab Saudi. Baginda adalah salah seorang anak lelaki daripada 37 orang anak lelaki pengasas kerajaan Arab Saudi iaitu Raja Abdul Aziz Al-Saud. Baginda masih lagi memerintah Arab Saudi sehingga saat ini.












Rujukan:

Fadhlullah Jamil (2007). Islam di Asia Barat Moden. Shah Alam: Karisma Publication

wikipedia

RENUNGAN





Yahudi merancang 20 protokol untuk masa depan bangsanya 100 tahun dahulu dan kini merasai kesannya dan bangsa Yahudi bangkit daripada kemusnahan untuk menguasai dunia pada hari ini. Sejarah telah menjadi saksi terhadap segala yang terjadi sehingga ke hari ini. Bagaimana pula dengan perjuangan bangsa kita yang sering kali digembar-gemburkan belum lagi selesai sampai sekarang. Fikir-fikirkanlah.