Selasa, 19 Oktober 2010

ISRAEL: MASYARAKAT, POLITIK & DASAR LUAR 1949-2003

1.0 Pengenalan

Negara Israel ditubuhkan pada 14 Mei 1948, selepas hampir dua ribu tahun penyebaran Yahudi. Sejak kemerdekaan pada 1948, Israel telah berkonflik dengan negara-negara Arab dan tetangga Palestin. Terdapat juga banyak perundingan, dan perdamaian telah dicapai dengan Mesir dan Jordan. Demokrasi Israel telah bertahan dalam keadaan yang menarik dan negara Israel menjadi maju dan membangun sehinggalah sekarang meskipun perang, konflik, etno-religius, pemulauan, dan serangan daripada pejuang Palestin. Di sini akan diterangkan tentang masyarakat, politik dan dasar luar Israel sekitar tahun 1949-2003 pada pandangan Adam Garfinkle yang menulis buku tentang Israel.


2.0 Masyarakat, Politik dan Dasar Luar Israel, 1949-1977

Israel adalah sebuah negara merdeka yang mempunyai matlamat yang jelas dalam pentadbiran mereka. Israel dianggap sebagai “syurga” kepada orang-orang Yahudi yang berada di seluruh dunia kerana mereka beranggapan bahawa negara Israel ini adalah sebuah negara yang mempunyai tamadun yang tinggi. Selain itu, untuk mengembalikan kebangaan dan kegemilangan negara ini, mereka telah mengembangkan budaya orang-orang Yahudi agar sejarah mereka dapat dikembalikan semula di tanah air mereka sendiri. Kebanyakkan orang-orang Yahudi ini meluahkan perasaan mereka melalui lagu-lagu kebangsaan mereka iaitu “HaTikvah” (harapan), yang membicarakan tentang harapan mereka untuk balik ke Zion (tanah air Yahudi).
Walaupun warga negaranya mempunyai semagat yang tinggi dan mempunyai nasional yang jelas, namun pada peringkat awalnya mereka menghadapai masalah yang agak serius. Masalah ini tercetus kerana Israel adalah sebuah negara yang kecil ditambah pula rasa ketidakpuasan hati dan kebencian negara sekitarnya terhadap negra ini. Keadaan ini menyukarkan mereka untuk menyebarkan budaya mereka ini.


2.1 Pertumbuhan Penduduk

Walaupun Israel mempunyai pelbagai masalah, namun Israel berkembangan dengan pesat dalam 12 tahun pertama. Pada akhir tahun 1949 terdapat 880,000 orang penduduk Israel di antaranya ialah 717,000 orang Yahudi. Hal ini dapat dilihat selepas perjanjian genjatan senjata yang menyaksikan ramai orang Arab meninggalkan Israel. Pada tahun 1961 terdapat 2.18 juta penduduk Israel dan diantaranya ialah 1.93 juta orang Yahudi. Hal ini kerana, mereka banyak menerima pendatang Yahudi dari tempat lain bagi mengeksploitasi sumber di negara mereka. Keadaan ini menyebabkan peningkatan jumlah penduduk yang agak ketara. Hal ini terbukti bahawa penduduk di Israel telah meningkat kepada 3.15 juta diantaranya ialah orang Yahudi sebanyak 2.69 juta pada tahun 1972.
Pertumbuhan penduduk yang pantas ini telah memberi banyak kesan. Antaranya adalah negara Israel merupakan negara yang layak untuk didiami oleh semua masyrakat. Kedua, kehadiran pendatang Yahudi yang banyak telah menrancakkan lagi keadaan ekonomi di negara Israel. Kebanyakkan pendatang Yahudi datang dari negara Mesir, Morroco, Yamen, Syria, dan Libya. Semasa penubuhan negara Israel, status penduduk Yahudi telah berubah dan status pendatang juga telah berubah. Hal ini dapat dilihat kebanyakkan pendatang berstatuskan kelas kedua serta selalu di pinggirkan. Selain itu juga, Israel sentiasa memujuk penduduk Yahudi di nagara lain agar berhijrah negara baru mereka kerana mereka ingin membesarkan lagi populasi penduduk mereka.

2.2 Isu Keselamatan dan Ketenteraan

Kebanyakkan penduduk Israel sama ada lelaki atau perempuan harus melibatkan diri dalam bidang ketenteraan selepas tamat sekolah menengah yang berumur 18 tahun. Manakala penduduk Arab Israel boleh menyertainya tetapi tidak dipaksa oleh kerajaan. Kehidupan tentera adalah sangat penting dalam masyarakat di negara ini. Hal ini kerana, pada peringkat awal penubuhan negara ini, kaedah yang utama adalah untuk mencipta kebudayaan umum kepada semua penduduk di negara ini. Bagi pendatang baru pula mereka harus belajar bercakap dalam bahasa Ibrani, belajar tentang negara mereka, struktur ketenteraan dan sebagainya.
Pada peringkat awal, penduduk Arab Israel berada di bawah peraturan keselamatan sehingga tahun 1966. Golongan ini juga jarang terlibat dalam kekerasan serta kekejaman di negara ini. Hal ini kerana, mereka berasa begitu beruntung tinggal di negara ini kerana pencapaian ekonomi Israel yang maju, sekolah-sekolah yang lebih baik, dan demokrasi yang subur dalam negara Israel. Dalam sistem demokrasi ini, mereka memilih pemimpin mereka sendiri dan ahli yang dipilih akan diserapkan ke dalam Knesset. Namun diantara tahun 1949- 1977 tidak ada seorang pun orang Arab Israel menjadi menjadi ahli kabinet, walaupun mereka terlibat dalam perkhidmatan diplomatik di Israel.
Penduduk Arab yang tinggal di Israel dapat berlindung daripada serangan orang- orang Israel, namum penduduk yang tidak berada di bawah naugan Israel menghadapi risiko keselamatan. Misalnya penduduk Palestin dari Gaza yang berada di bawah kekuasaan Mesir selepas perang 1948-49 dan penduduk Palestin dari Jordan telah melakukan keganasan. Hal ini dapat dilihat sepanjang tahun 1950 penduduk Israel berada dalam ketakutan kerana serangan oleh pengganas sekitar tahun 1951 hingga 1956 yang menyebabkan 400 orang terbunuh dan 900 orang mengalami kecederaan. Sepanjang penubuhan Israel, hubungan mereka dengan negara-negara Arab masih lagi tegang. Sekitar tahun 1949 dan 1956 negara-negara Arab ini telah bersatu dan menubuhkan sebuah pertubuhan iaitu Liga Arab. Walau bagaimanapun, Liga Arab yang ditubuhkan ini gagal untuk menyelesaikan isu Israel di Asia Barat.

2.3 Krisis Suez dan Kempen Sinai

Sekitar tahun 1952, sekumpulan komander tentera Mesir yang dikenali sebagai Pegawai-pegawai Bebas Mesir telah bertindak menyerang Raja Mesir dan mangambil alih kuasa kerajaan Mesir. Seorang ketua pengawai bebas iaitu Gamal Abdel Nasser mempunyai impian untuk menyatukan negara Arab dan beliau juga sangat anti kepada Israel. Dalam proses mencapai impian beliau, Nesser telah terlibat dengan perang dingin dan menganggap bahawa Israel telah berkerjasama dengan Perancis dan Britain yang dapat menimbulkan konflik ketenteraan di negara ini. Selain itu juga Nesser telah berusaha untuk mendapat pengaruh penduduk di Arab yang bermatlamatkan ketenteraan.
Sekitar tahun ini juga, peperangan telah semakin meningkat di Gaza. Serangan dilancarkan untuk menyerang tentera Israel di Gaza yang dipimpin oleh Perdana Menteri David Ben Gurion pada tahun 1955. Tentera Israel telah menyerbu Mesir dengan mudah. Ekoran daripada ini, Nesser telah meminta batuan senjata daripada Amerika Syarikat tetapi Presiden Eisenhower telah menolak untuk menjual peralatan ketenteraan kepada Mesir. Akibat daripada ini, Nesser telah meminta bantuan ketenteraan daripada Pertubuhan Soviet, Pertubuhan Soviet telah bersetuju untuk memberi batuan ketenteraan kepada Mesir seperti senjata, pesawat dan kereta kebal. Dalam peperangan ini juga Israel telah meminta batuan daripada Amerika Syarikat, namun Amerika Syarikat tidak memberi batuan kepada Israel kerana mereka bimbangt akan keselamatan konsensi perdagangan mereka di Mesir serta dan juga bimbang dengan kekuatan ketenteraan Arab Saudi yang semakin maju.
Pada tahun 1956, Israel, Perancis, Britain, dan Mesir telah bekerjasama untuk menyerang musuh mereka iaitu komunis. Hal ini kerana, ancaman komunis semakin meningkat di Mesir. Dalam pada itu, kerajaan Eisenhower telah membiayai pembinaan empangan Aswan yang agak berpotensi dalam bidang ekonomi. Dalam masa yang sama terusan Suez telah berjaya dimiliki oleh Mesir. Keadaan ini telah membuatkan Britain dan Perancis berasa bimbang sekiranya Nasser menutup laluan kapal mereka untuk berdagang. Pada masa yang sama, Israel juga bimbang ancaman terus-menerus daripada Mesir. Oleh itu Israel, Britain dan Perancis telah bergabung untuk merampas Terusan Suez daripada penguasaan Mesir.
Kempen Sinai juga merupakan kempen yang bertujuan untuk menarik ketenteraan daripada Israel untuk campur tangan dibawah pimpinan Ketua Staf iaitu Moshe Dayan. Setelah enam bulan rundingan selepas beberapa konflik timbul, Israel telah keluar daripada Sinai. Pada waktu ini juga Selat Tiran dibuka untuk Israel dan hanya terhad untuk penghantaran barang-barang sahaja. Selain itu, pasukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) juga telah ditempatkan di Sinai. Ekoran daripada krisis terusan Suez, Amerika Syarikat masih lagi tidak memberi batuan ketenteraan kepada Israel. Sebaliknya Amerika telah bekerjasama dengan British secara sulit untuk menyelesaikan masalah Arab-Israel. Mereka memerlukan beberapa negara Arab untuk berdamai dalam konflik ini.

2.4 Hubungan Asing 1967

Hubungan persahabatan dengan negara Perancis, Britain dan negara-negara Eropah berterusan sehingga tahun 1967. Pada masa yang sama, Persekutuan Republik Jerman telah mengadakan hubungan secara rasmi dengan Israel. Kerajaan Jerman juga telah bersetuju untuk membayar kepada Israel atas segala kerosakan yang dialaminya akibat daripada Perang Dunia Kedua dan pihak Jerman telah menjual peralatan ketenteraan mereka secara sulit kepada kerajaan Israel. Selain itu juga, kerajaan Israel telah menjalinkan hubungan dengan Amerika Syarikat, walaupun pada hakikatnya pada masa tersebut hubungan mereka dengan Amerika Syarikat tidaklah begitu baik dan mempunyai masalah dalam hubungan diplomatik. Sehubungan dengan itu, Israel juga telah menjalinkan hubungan persahabatan dengan dengan negara-negara Afrika yang baru merdeka pada tahum 1950-an dan 1960-an. Hal ini kerana, pemimpin Afrika telah melihat Israel sebagai model kejayaan kepada mereka. Kebanyakkan pelajar-pelajar Afrika telah dihantar ke Israel untuk menuntut di negara ini. Israel juga telah mengadakan hubungan dengan negara India yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai. Keadaan ini menunjukkan bahawa negara Israel mahu meluaskan pengaruh mereka melalui hubungan diplomatik dengan pelbagai negara ketika mana negara-negara Arab memulaukannya.


2.5 Persaingan Arab dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO)

Pada tahun 1964, Pertubuhan Pembebesan Palestin (PLO) telah ditubuhkan di Kaheran, Mesir. Pertubuhan ini bertujuan untuk menyelaraskan dan menfokuskan perjuangan Palestin melalui “revolusi kebangsaan” serta “pembebesan” tanah air mereka sendiri. Secara umunya, sementara negara-negara Arab telah bersatu, Palestin telah bergerak melalui gerakan kebangsaan mereka sendiri. Hal ini terdapat dalam isi kandungan perjanjian penubuhan PLO pada fasal 28 yang manyatakan bahawa orang Arab telah menekankan kemerdekaan melalui revolusi kebangsaan mereka.
Pada hakikatnya, orang Arab tidak memainkan peranan yang penting dalam pembentukan PLO. Pada masa yang sama pemimpin negara Mesir iaitu Gamal Abdel Nasser telah membuat tawaran kepada negara Arab untuk menyatukan negara-negara Arab dan diletakkan dibawah kekuasaan Mesir. Nasser juga berhasrat untuk menguasai negara-negara Arab lain iaitu Iraq, Syria, Jordan dan sebagainya. Selain itu juga, terdapat masalah diantara rakyat Palstin di Mesir dan di Syria dengan Kerajaan Mesir dengan Syria. Sepanjang masa ini juga, Pertubuhan Soviet telah memberi batuan senjata kepada Mesir dan Syria untuk menyerang Israel.

2.6 Perang Enam Hari dan Kesannya.
Pada bulan Mei 1967, Selat Tiran telah ditutup kepada Israel, kerana mereka telah melanggar perjanjian pada tahun 1956-57. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang berada di Sinai pada tahun 1956 telah diarahkan untuk mendekati masyarakat di kawasan ini. Peperangan ini telah tersebar luas sehingga ke seluruh negara-negara Arab. Ekoran daripada perang ini, banyak warga palestin yang pro-perang dan pro-Nasser telah membuat rusuhan. Bagi menyelesaikan masalah ini, tentera Jordan telah dipanggil untuk menyelesaikan masalah rusuhan ini. Sementara itu, Israel telah menyeru masyarakatnya untuk bersedia bagi menghadapi peperangan. Pada 5 Jun, pesawat pejuang Israel telah menyerang pengkalan udara Mesir dan Syria. Serangan ini telah mengakibatkan angkatan tentera Arab telah musnah dan kalah sama sekali. Dalam peperangan ini, Mesir telah mendapat batuan ketenteraan daripada pemerintah Jordan iaitu Raja Hussein untuk menentang Israel.
Sepanjang tempoh enam hari bertempur, tentera Israel dibawah pimpinan Perdana Menteri iaitu Yitzhak Rabin telah dapat mengagalkan kerjasama ketenteraan diantara Jordan, Syria, dan Mesir. Pada masa yang sama, Syria telah menerima gencatan senjata pada 10 Jun untuk menamatkan peperangan dengan Israel yang masih lagi belum selesai dibahagian Tebing Barat. Israel berasa lega ekoran daripada peperangan tersebut. Hal ini kerana, kebanyakkan kelengkapan ketenteraan Mesir telah musnah dan ramai tenteranya terkorban. Selapas peperangan ini, tentera Mesir telah menuju ke negara Mesir dan Damsyik. Peperangan ini juga telah melibatkan banyak pertumpahan darah penduduk di sekitarnya.
Pada awalnya kerajaan Israel percaya mereka dapat berdagang di wilayah-wilayah Arab selepas peperangan 1967, dan sekaligus Israel telah membuat tawaran kepada negara-negara Arab untuk berdamai. Tawaran Israel ini merupakan yang pertama kalinya selepas perang. Namun negara-negara Arab tidak menerima tawaran Israel tersebut. Pada bulan November, Pertububuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui Resolusi Majlis Keselamatan menggunakan Resolusi 242 yang menjadi asas bagi semua hubungan diplomasi antarabangsa mahu mendamaikan Israel dengan jiran-jirannya. Teras utama adalah:

1) Penarikan kembali ketenteraan Israel dan melepaskan daripada wilayah yang ditawan dalam konflik baru-baru ini.
2) Menamatkan semua tuntutan, keutuhan kawasan dan kemerdekaan polotik setiap negara di wilayah dan hak-hak mereka.

Perang Enam Hari juga telah menyumbangkan kepada peningkatan keagamaan dalam masyarakat sebahagian besarnya terdiri daripada orang Yahudi yang sekular. Diantara orang Yahudi ini adalah ahli kumpulan Yahudi Ortodok moden yang mempunyai pemikiraan nasionalis dan keagamaan yang dapat menyokong dan memperkembangkan lagi negara Israel menjadi lebih hebat. Kelompok agama lain dalam masyarakat Yahudi di Israel adalah dikenali sebagai Yahudi Haredim atau “ultra-Ortodoks”. Para heredim yang khas biasanya memakai pakaian hitam dan banyak menggunaka percakapan Yiddish Ibrani. Ekoran daripada Perang Enam Hari tersebut telah menunjukkan bahawa penduduk di Israel iaitu kaum Yahudi telah bersatu-padu. Misalnya, banyak penduduk yang mempunyai pemikiran yang sekular dan pemikiran yang Ortodok telah berkerjasama untuk mengekalkan keamanan politik. Keadaan ini menguntungkan Israel sendiri yang ketika mana pada masa tersebut dipulaukan oleh negara-negara Arab.

2.7 Peperangan dan Keamanan dengan Mesir.

Perubahan yang dibawa oleh Israel pada tahun 1967, telah mempunyai kesan besar pada pemikiran masyarakat negara-negara Arab khasnya. Sebelum perang tahun 1967, negara Arab menpunyai kepentingan yang tersendiri iaitu dari segi politik dan simbolik. Selepas kematian Gamal Abdel Nasser pada tahun 1970, Anwar Sadat telah menjadi pemerintah Mesir. Dalam tiga tahun sejak kekalahan Arab dalam Perang Enam Hari telah menyebabkan sistem politik di negara Timur Tengah telah berubah. Setelah munculnya pemerintahan Nixon pada tahun 1969, Amerika telah menjalinkan hubungan keselamatan dengan Israel. Semasa meletusnya Perang Oktober, Sadat telah melancarkan sebuah inisiatif diplomatik. Pada bulan November 1977, beliau pergi Israel dan pada masa yang sama, Mesir telah bersetuju untuk berdamai dengan Israel. Dengan batuan daripada Amerika, Mesir dan Israel akhirnya mendatangani perjanjian damai.

2.0 Israel, Jordan dan PLO

Sebelum Perang Oktober pada tahun 1972, Israel dan Jordan telah membuat satu rundingan rahsia untuk mendatangai perjanjian damai. Namun mereka merasakan bahawa terdapat ancaman yang lebih kuat daripada negara Arab iaitu Raja Hussein tidak mahu berkompromi dalam mendatangani perjanjian ini yang telah menyebabkan perjanjian ini tidak dapat dilaksanakan. Manakala di pihak Palestin pula, pengajaran daripada Perangan Enam Hari itu telah menyebabkan mereka tidak dapat kembali menguasai Palestin sepenuhnya. Pada tahun 1967, Yasir Arafat yang mengetuai Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) merencanakan penubuhan sebuah negara dalam negara di Jordan melalui peperangan. Hal ini telah membimbangkan penduduk tempatan. Pada masa yang sama, Raja Hussein berasa bimbang dengan penentangan gerila yang dilancarkan oleh PLO. Pada tahun 1970 Raja Hussein telah mengarahkan tenteranya untuk menghancurkan PLO. Perang saudara yang meletus ini mengakibatkan tentera Jordan mengalami kekalahan.
Selapas peperangan di Jordan telah menyebabkan Perdana Menteri Jordan yang dikenali Wasfi al-Tal terbunuh. Pada tahun yang seterusnya, terdapat sekumpulan PLO yang menamakan diri mereka sebagai “Black September” talah membunuh 11 orang pasukan Olimpik dari Israel di Munich, Jerman. Pada tahun 1970, Jordan masih lagi berada dalam keadaan tidak tenteram, namun Israel dan Jordan telah menjadi sekutu secara sulit untuk mengelakkan ancaman daripada ancaman Palestin. Dalam rundingan Mesir-Israel, Amerika telah cuba untuk menyelesaikan masalah dengan palestin. Namun, PLO tidak mengiktiraf hak masyarakat Israel di Palestin dan ini menyebabkan isu-isu Palestin tidak juga selesai.

2.9 Kebangkitan Parti Likud

Negara Israel telah telah mencapai usia merdeka selama 28 tahun pada tahun 1977, sepanjang kemerdekaan ini, telah banyak pemimpin dari parti- parti tertentu yang memerintah Israel. Pada kebiasaannya, pemimpin dipilih daripada parti-parti yang ada di negara. Hal ini dapat dilihat daripada pemimpin Parti Buruh itu sendiri yang berketurunan daripada Ashkenazi. Semua ini mula berubah pada Mei 1977, apabila parti Herut (bergabung dengan Gahal membentuk Likud) pimpinan Manachem Begin telah mengalahkan Parti Buruh dalam pilihan raya umum sekaligus pemipinnya menjadi Perdana Menteri.
Setelah bertahun-tahun penguasaan Parti Buruh di Israel, menyebabkan parti ini semakin banyak masalah, korup dan sebagainya. Disamping itu, Parti Likud secara umumnya tertarik dengan sentimen nasionalis yang tumbuh selepas Perang Enam Hari, peluang perkerjaan serta sisitem ekonomi di negara ini tidaklah begitu cemerlang kerana berlakunya inflasi, pertumbuhan ekonomi yang lembap serta tenaga kerja yang tidak cekap. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengambil tindakan yang pantas untuk mengatasi masalah karenah birokrasi dan membahagikan pekerjaan kepada penduduk Israel. Setelah penguasaan Parti Likud dalam kerajaan Israel, banyak polisi-polisi Israel telah berubah. Hal ini kerana Parti Likud yang baru ini telah banyak menggerakkan usaha-usaha untuk perkembangan ekonomi Israel.
Oleh itu, Menachem Begin dan parti Likud percaya semua kawasan di Tebing Barat dan sebahagian daripada besar Bukit Golan adalah warisan daripada orang Yahudi. Kawasan ini adalah kawasan daripada daripada tamandun Yahudi purba dan tidak boeh dipulangkan kepada Arab. Sinai ula tidak termasuk dalam tanah Israel yang bersejarah, jadi ia memiliki status yang berbeza. Hal ini menyebabkan Menachem Begin mahu menyambung semula hubungan diplomasi dengan Mesir yang bermula selapas perang 1973.


3.0 Masyarakat, Politik, dan Polisi Luar Israel, 1978-2003

3.1 Penempatan di Tebing Barat

Perjanjian Kem David tidak menghasilkan penyelesaian yang menyeluruh tentang konflik Arab-Israel. Masalah antara Israel dengan Palestin pula semakin bertambah buruk. Sementara Israel mahu berdamai dengan Mesir dan bersedia mengembalikan semula Sinai, Israel bagaimanapun menentang sebarang rundingan yang mungkin membahayakan kawalannya terhadap Tebing Barat. Bagi mengukuhkan kawalannya terhadap Tebing Barat, Israel menggunakan pendekatan yang berbeza untuk menyelesaikan masalah tersebut. Israel sebaliknya mencari penempatan yang berhampiran dengan Garisan Hijau dan di Lembah Jordan. Bagi menjamin keselamatannya, kerajaan Israel yang dipimpin oleh Parti Likud sengaja menubuhkan penempatan berhampiran dengan kawasan yang mempunyai populasi orang Arab yang besar. Israel terpaksa menggunakan sejumlah wang yang besar untuk membangunkan penempatan dan memberikan subsidi kepada penduduk-penduduk Israel didalamnya. Israel menyatakan bahawa pada tahun 2003 kawasan Tebing Barat mempunyai 231 penempatan Yahudi yang mengandungi seramai 182, 000 orang penduduk. Israel mahu menjadikan Tebing Barat sebagai wilayahnya dengan membawa penduduknya menetap di kawasan tersebut.


3.2 Lubnan

Setelah diusir keluar daripada Jordan pada taun 1970-71, pemimpin PLO dan para pejuang gerilanya yang dikenali sebagai fedayeen berpindah ke Lubnan. Di sini juga terdapat kira-kira 250, 000 pelarian Palestin yang tinggal di kem-kem pelarian yang tidak sempurna dan mereka tidak dibenarkan menjadi warganegara Lubnan. Pada tahun 1975, PLO telah campur tangan dalam perang saudara di Lubnan. Kekacauan politik yang berlaku di Lubnan memungkinkan Arafat menubuhkan negara Palestin lain di selatan Lubnan. Dari sini, fedayeen melancarkan serangan melalui utara Israel. Pada tahun 1978, serangan-serangan lintas sempadan telah menjadi isu keselamatan yang besar kepada Israel. Sehubungan dengan itu, Israel menghantar tenteranya ke Lubnan untuk memusnahkan fedayeen.
Pada tahun 1982, Menteri Pertahanan Israel, Ariel Sharon telah meyakinkan kerajaan Israel untuk melancarkan serangan berskala besar ke atas Lubnan. Pencerobohan ke atas Lubnan sebenarnya bertujuan untuk mengusir pengaruh Syiria di Lubnan kerana Syria telah campur tangan dalam perang saudara di Lubnan dan mengawal kerajaan Lubnan. Shi’a Muslims yang berpengkalan di selatan Lubnan yang menyambut tentera Israel untuk membebaskan penyokongnya daripada militan Palestin pimpinan Arafat telah melawan balik Israel. Mereka lebih dikenali sebagai Hizbullah. Mereka melancarkan perang gerila untuk memaksa Israel meninggalkan Lubnan. Akhirnya, pada bulan May 2000, Israel meninggalkan Lubnan dengan ratusan tenteranya terkorban. Pencerobohan dan pendudukan Israel di Lubnan ternyata gagal dan telah meretakkan hubungannya dengan Amerika Syarikat. Manakala tanggapan umum terhadap Israel adalah sangat sinis. Pada awal pencerobohaan Israel ke atas Lubnan, Arafat dan pengikutnya dibenarkan meninggalkan Lubnan dan beliau telah menubuhkan markas barunya di Tunisia.

3.3 Kemajuan Ekonomi

Parti Likud yang memerintah Israel ternyata tidak berjaya menguruskan ekonomi Israel dengan baik berbanding dengan Parti Buruh. Pasca peperangan di Lubnan menyaksikan pertumbuhan ekonomi Israel berada pada tahap yang membimbangkan. Ramai rakyat Israel yang berpendidikan telah keluar daripada Israel kerana keadaan ekonomi telah mengakibatkan graduan dari universiti di Israel sendiri tidak dapat diserap untuk membangunkan ekonomi Israel.
Bermula dengan kerajaan perpaduan yang terdiri daripada Parti Likud dan Parti Buruh pada tahun 1984, Israel dapat mengawal inflasi, meliberalisasikan ekonominya dan membagunkan industri mereka sendiri. Natijahnya, antara tahun 1991-1996, ekonomi Israel tumbuh dengan pantas, kira-kira 5.2 % setahun. Pencapaian ekonominya lebih baik berbanding dengan sesetengah ahli Kesatuan Eropah (EU) sendiri. Pada hari ini, sektor pertanian menyumbangkan sebanyak 4 %, perkilangan sebanyak 37 % dan perkhidmatan sebanyak 59 % pendapatan Israel. Israel berusaha membangunkan inovasi teknologinya melalui Weizmann Institute of Science dan Technion University.
Persenjataan Israel juga diinovasikan melalui beberapa pembinaan senjata nuklear melalui kilangnya di Dimona. Kejayaan dalam persenjataan nuklearnya adalah kerana bantuan daripada Perancis. Pada tahun 1980-an dan 1990-an, saintis Israel berjaya membangunkan persenjataan nuklearnya sendiri. Walau bagaimanapun, Israel tetap bergantung dengan Amerika Syarikat untuk mendapatkan sistem persenjataan seperti pesawat pejuang. Mereka berjaya melancarkan sendiri satelit pemantau ke orbit. Hal ini membuktikan pencapaiannya dalam bidang teknologi amat hebat walaupun negaranya kecil. Kemajuannya dalam bidang teknologi sangat membanggakan melalui bantuan daripada sekutu-sekutunya.

3.4 Likud, Buruh dan Tebing Barat

Parti Likud dan Parti Buruh mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam sistem politik Israel. Pada tahun 1950-an, 1960-an, dan 1970-an, Parti Buruh dan Parti Likud memperoleh 90 daripada 120 kerusi Knesset. Penguasaan Parti Buruh adalah pada tahun 1992 apabila Yitzhak Rabin menjadi Perdana Menteri buat kali kedua. bWalau bagaimanapun, beliau akhirnya dibunuh oleh seorang pelajar undang-undang Israel yang menentang proses keamanan dengan Palestin pada tahun 1995. Jawatan tersebut disandang pula oleh ahli politik Parti Buruh iaitu Shimon Peres sehingga pilihanraya pada tahun 1996. Dalam pilihanraya ini, Parti Likud memenangi banyak kerusi dan Binyamin Netanyahu menjadi Perdana Menteri. Parti Buruh sekali lagi memenagi pilihan raya pada tahun 1999 dan Ehud Barak menjadi Perdana Menteri. Secara keseluruhannya, tiada parti yang domin dalam system politik Israel. Hal ini kerana kemenangan dan kegagalan sesebuah parti politik dalam pilihanraya amat bergantung kepada isu Palestin dan dasar luar Israel. Justeru, parti-parti politik yang bertanding perlu mengemukakan manifesto yang tidak merugikan Israel dan rakyatnya.

3.5 Perjanjian Oslo

Pada tahun 1992, semasa Yitzhak Rabin menjadi Perdana Menteri, beliau berikrar akan membuat proses damai dengan Palestin. Beliau telah berunding secara rahsia dengan PLO. Selepas perbincangan yang berlangsung di Oslo, Israel dan PLO mengakui kewujudan masing-masing. Pada 13 September 1993, Arafat dan Rabin menandatangani satu deklarasi di White House. Perjanjian Oslo mengandungi dua frasa. Frasa pertama berkenaan dengan Tebing Barat dan Gaza. Manakala frasa kedua berkenaan dengan isu-isu keselamatan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya, deklarasi ini sukar untuk digerakkan. Sesetengah rakyat Israel curiga dengan Arafat dan PLO dan mereka sangat menentang perjanjian Oslo. Pada tahun 1994, Arafat dan pengikutnya, kembali dari pengasingan ke Palestin. Pada hakikatnya, perjanjian ini merupakan jambatan bagi Israel untuk mengadakan hubungan dengan negara-negara Arab yang sebelum ini bermusuhan dengannya seperti Jordan yang telah menandatangani perjanjian keamanan dengan Israel pada bulan Oktober 1994. Hubungan yang tidak rasmi juga terjalin antara Israel dengan Qatar, Maghribi, Tunisia dan lain-lain lagi. Melalui perjanjian tersebut, pemulauan ekonomi oleh negara-negara Arab terhadap Israel telah ditamatkan. Walau bagaimanapun, matlamat utama Israel untuk menjalinkan hubungan dengan Syria gagal kerana Syria enggan membuat sebarang perjanjian dengan Israel. Namun sehingga hari ini, Perjanjian Oslo ini tidak lagi bermakna kerana pihak Israel sering kali membelakangi perjanjian dengan cuba meluaskan penempatan Yahudi di Palestin selain melakukan serangan yang tidak berperikemanusiaan kepada rakyat Palestin.

3.6 Intifada Kedua

Dalam persetujuan Kem David, Israel akan menyerahkan Baitulmuqaddis kepada Palestin. Walau bagaimanapun, Arafat tidak menerimanya dan beliau mahu rundingan yang lebih serius dilakukan. Pada bulan September 2000, penganalisis Israel percaya bahawa Arafat bersubahat dengan pejuang-pejuang kecil Palestin bagi memulakan serangan terhadap Israel. Serangan-serangan inilah yang dikatakan sebagai intifada yang melancarkan serangan melalui pengeboman berani mati ke atas rakyat Israel. Ehud Barak cuba berunding dengan Arafat pada Januari 2001 bagi menamatkan masalah ini, tetapi gagal. Hal ini mengakibatkan Ehud Barak ditolak dan Ariel Sharon menjadi Perdana Menteri pada bulan Februari 2001. Ariel Sharon agak tegas dalam menangani isu pejuang-pejuang Palestin. Pada bulan Mac 2002, Israel membuat kepungan tentera ke atas wilayah Palestin. Kereta perisai dan jentolak Israel memusnahkan banyak bangunan dan membuat tahanan markas terhadap Arafat dan penolong-penolongnya. Intifada kedua menyaksikan lebih 2000 orang rakyat Palestin terkorban dan lebih 700 orang rakyat Israel terkorban.

3.7 Pilihan Raya 2003

Secara keseluruhannya, pilihan raya Israel 2003 membolehkan rakyat Israel memilih dengan dengan tepat parti-parti politik yang bertanding berdasarkan bagaimana menangani isu Palestin. Sharon yang memimpin Parti Likud menunjukkan sikap tidak berkompromi terhadap isu Palestin. Beliau menuntut penamatan serangan terhadap Israel oleh pejuang-pejuang Palestin sebagai prasyarat rundingan dengan Palestin. Beliau juga secara terbuka menolak sebarang rundingan jika Arafat masih lagi menjadi Presiden Palestin.
Manakalan lawannya dari Parti Buruh iaitu Amram Mitzna berjanji untuk memindahkan dengan selamat penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Gaza dalam masa setahun jika terpilih. Beliau mendakwa penyelesaian secara ketenteraan terhadap para pejuang Palestin tidak akan berjaya. Beliau mahu membuka kembali rundingan damai dengan Palestin. Dapat dilihat di sini bahawa kedua-dua parti utama ini mengemukakan manifesto yang berbeza. Parti Likud dilihat lebih agresif daripada Parti Buruh untuk menyelesaikan isu Palestin.
Keputusan pilihan raya tersebut menyaksikan rakyat Israel telah menyokong pendekatan Sharon ke atas Israel. Parti Likud menang dengan mendapat 38 kerusi Knesset dan ini menyaksikan Sharon menjadi Perdana Menteri Israel. Manakala Parti buruh hanya mendapat 19 kerusi dan menjadikan pilihan raya 2003 merupakan pilihan raya terburuknya. Ramai orang terutamanya di dunia Arab dan sesetengan negara Eropah percaya bahawa Israel bertanggungjawab terhadap keganasan yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Palestin terhadapnya kerana Israel tidak akan berundur daripada Tebing Barat, Gaza dan timur Baidulmuqaddis dan membolehkan Palestin merdeka sepenuhnya.. Ada yang menuduh Israel sebgaja mensasarkan serangan ke atas penduduk awam Palestin.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, negara Israel yang wujud pada hari ini membuktikan kekejaman dan pertumpahan darah rakyat Palestin. Muslihat Yahudi untuk kepentingannya dirujuk sebagai ‘proses damai’. Pada hakikatnya proses damai yang digerakkan hanya sebagai alat untuk menguasai Palestin. Sehingga hari ini, masalah antara Israel dengan Palestin tidak juga selesai. Amerika Syarikat yang menjadi orang tengah antara Israel dengan Yahudi hanya berpura-pura menjalankan tanggungjawabnya.





Rujukan:

Adam Garfinkle (2002). New Jersey,:Mason Crest Publishers.

Isnin, 18 Oktober 2010

MUNSYI ABDULLAH - GURU

Menurut Munsyi Abdullah, menjadi guru bukanlah mudah. Mereka perlu ada 5 perkara. Pertama, ada ilmu pengetahuan. Kedua, jangan sombong dengan ilmunya. Ketiga, bersabar terhadap kesalahan dan kebodohan orang lain serta menanggung kesusahan. Keempat, mengetahui setiap perkataan yang diajarkannya iaitu dari mana asalnya dan tahu bagaimana hendak menggunakannya. Kelima, rajin berusaha.

Khamis, 14 Oktober 2010

UNIVERSITI-UNIVERSITI AWAM DI MALAYSIA

1. UNIVERSITI MALAYA





2. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA





3. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA





4. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA





5. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA





6. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA





7. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS



8. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA






9. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA





10. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA






11. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG






12. UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN






13. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA




14. UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA






15. UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU






16. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN






17. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS






18. UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK






19. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH






20. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PEMERINTAH-PEMERINTAH NEGERI JOHOR DARUL TAK'ZIM

1511-1528: Sultan Mahmud Shah I
1528-1564: Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali/Raja Alauddin)
1564-1579: Sultan Muzaffar Shah II (Raja Muzafar/Radin Bahar)
1579-1580: Sultan Abd. Jalil Shah I (Raja Abdul Jalil)
1580/81-1597: Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (Raja Umar)
1597-1615: Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Mansur)
1615-1623: Sultan Abdullah Ma'ayat Shah (Raja Mansur)
1623-1677: Sultan Abdul Jalil Shah III (Raja Bujang)
1677-1685: Sultan Ibrahim Shah (Raja Ibrahim/Putera Raja Bajau)
1685-1699: Sultan Mahmud Shah II (Raja Mahmud)
1699-1720: Sultan Abdul Jalil IV (Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil)
1718-1722: Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil/Yang DiPertuan Johor)
1722-1760: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Raja Sulaiman/Yang DiPertuan Besar Johor-Riau)
1760-1761: Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah
1761: Sultan Ahmad Riayat Shah
1761-1812: Sultan Mahmud Shah III (Raja Mahmud)
1812-1819: Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (Tengku Abdul Rahman)


1819-1835: Sultan Hussain Shah (Tengku Husin/Tengku Long)


1835-1877: Sultan Ali (Tengku Ali; tetapi baginda tidak diiktiraf oleh Inggeris)




1855-1862: Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (Seri Maharaja Johor)




1862-1895: Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (Temenggung Che Wan Abu Bakar/Ungku Abu Bakar)





1895-1959: Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar




1959-1981: Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim




1981-2010: Sultan Iskandar Al-Haj




2010-Kini: Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar

SYAIR SINGAPURA TERBAKAR



Serta terpandang api itu menjulang,
Rasanya arwahku bagaikan menghilang,
Dijilatnya rumah-rumah serta barang-barang,
Seperti anak ayam disambar helang.

Seberang-menyeberang rumah habis rata,
Apinya cemerlang, tiada membuka mata,
Bunyinya gempar terlalulah gempita,
Lemahlah tulang sendi anggota.

Pakaianku menyalah seperti kertas,
Limau manis pun meletup seperti petas,
Orang menolong pun terlalu pantas,
Merebut barang-barang terlalulah lekas.

Ringgit pun hancurlah seperti timah,
Habislah meleh ke bawah rumah,
Tidaklah tentu barang dijamah,
Pencuri pun mengangkutlah bersama-sama.

Barang yang hendak kubawa pulang,
Beberapa pinggan mangkuk, cawan dan dulang,
Sekaliannya habislah hilang,
Harapnya hatiku bukan kepalang



Karya: Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir

KATA-KATA MUNSYI ABDULLAH - BAHASA MELAYU




Aku berasa pelik melihat sikap orang Melayu, iaitu perkara yang tidak dibuat oleh bangsa lain, dibuatnya. Adakah semua manusia di dunia ini membuang bahasanya sendiri? Orang Melayulah yang tidak mengendahkan bahasanya sendiri. Sebabnya kerana nenek moyangnya tidak menyediakan tempat untuk belajar bahasanya, jadi dia pun tidak berani membuatnya. Hairan aku! Tetapi setiap hari bertutur dalam bahasa Melayu, semua yang dibuatnya menggunakan bahasa Melayu dan dia berkirim surat pun menggunakan bahasa Melayu. Namun, dia tidak mahu belajar bahasa itu. Kalau ada yang tahu, bukannya kerana belajar, hanya meniru apa yang orang lain buat. Jika ditanya apa makna perkataan itu, apa asalnya dan apa sebab dipakai di tempat itu, dia tercengang-cengang tidak dapat menjawab kerana dia tidak berguru, hanya meniru sahaja.







Aku dengar, bangsa-bangsa yang besar di dunia ini mereka memiliki kepandaian membaca dan menulis dan memelihara bahasanya. Umpamanya seperti Arab, Inggeris, Cina dan Hindu. Mereka sentiasa memelihara dan memuliakan bahasanya. Bahasa itu ditambah dan diluaskan, dibaiki dan dihaluskan sehingga kini. Sesuatu bangsa yang besar, besarlah bahasanya.

Selasa, 12 Oktober 2010

PEREMPUAN

Apakah guna berkain batik,
Kalau tidak dengan sujinya,
Apalah guna berbini cantik,
Kalau tidak dengan budinya.


Kalau tidak dengan sujinya,
Pakaian Jawa di rumahnya,
Kalau tidak dengan budinya,
Jauhkan dirimu daripadanya.




Oleh: Munsyi Abdullah